Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Azhan reda nama kena gugur

    Aktor Azhan Rani, 45, yang ditimpa kemalangan motosikal, bulan lalu, reda ada penerbit menggugurkan namanya daripada senarai pelakon selain watak diubah kepada aksi ‘cameo’ atau penampilan khas berikutan kecederaan dialami.

    Azhan yang cedera bahu dan tulang rusuk akibat kemalangan itu berkata, penerbit terpaksa menawarkan watak kepada pelakon lain bagi memastikan kelancaran kerja penggambaran.

    “Jika hendak diikutkan, jadual lakonan penuh hingga Jun. Namun, disebabkan kecederaan dialami, ada penerbit terpaksa cari pelakon lain menggantikan saya.

    “Setakat ini, kerja penggambaran yang sudah mendapat pengesahan adalah drama Kampung Latah Kena Kuarantin yang diterbitkan syarikat produksi milik pelakon Nazia Mustafar. Kami akan memulakan penggambaran pada 15 Februari depan.

    “Drama itu sepatutnya sudah lama ‘shooting’, namun, disebabkan Pelan Pemulihan Negara (PPN), kerja tertangguh. Sejujurnya, saya reda dengan apa yang berlaku (terhadap projek lain yang tidak dapat dijayakan).

    Azhan berkata, biarpun dinasihatkan doktor agar berehat enam bulan akibat kecederaan dialami, dia terpaksa bekerja berikutan pelbagai komitmen yang perlu dilunaskan. – Agensi

    “Allah tarik nikmat rezeki tetapi Dia beri saya peluang untuk hidup. Jadi, saya tidak boleh mengeluh,” katanya kepada media.

    Pada 16 Januari lalu, pelakon yang terkenal dengan watak Ustaz Hamadi dalam drama rantaian Nur itu terbabit dalam kemalangan apabila motosikal ditunggang bertembung motosikal lain yang tiba-tiba membuat pusingan ‘U’ ketika melalui Jalan Templer, Rawang.

    Azhan berkata, biarpun dinasihatkan doktor agar berehat enam bulan akibat kecederaan dialami, dia terpaksa bekerja berikutan pelbagai komitmen yang perlu dilunaskan.

    “Doktor nasihatkan saya berehat enam bulan untuk memastikan kece-deraan pulih. Tetapi saya tidak dapat berbuat demikian kerana ada komitmen bulanan yang harus dilunaskan.

    “Sebelum ini, akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Pelan Pemulihan Negara (PPN), pendapatan saya terjejas.

    “Takkanlah saya hendak duduk berpeluk tubuh lagi… Mereka yang kerja sendiri faham keadaan saya,” katanya.

    Sehubungan itu, sejak dua hari lalu, Azhan sudah kembali ke lokasi penggambaran.

    “Namun, watak yang diberi ringan. Contohnya, dalam salah sebuah drama yang dijayakan, saya sepatutnya bawa watak utama.” – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...