Saturday, May 11, 2024
24 C
Brunei

    -

    Joyful Garden ceriakan 35 kanak-kanak Pusat Ehsan

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 FEB – Seramai 35 orang kanak-kanak Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam (Pusat Ehsan) telah menerima sumbangan pada majlis yang berlangsung di Joyful Garden, Kampung Subok, hari ini.

    Hadir bagi menyampaikan sumbangan tersebut ialah Pemilik Joyful Garden, Lim Chee Khiong yang antaranya mengongsikan kegembiraan untuk sama-sama berpeluang menyalurkan bantuan kepada insan-insan istimewa dan pada masa yang sama sebagai tanda kesyukuran dan memberi kembali kepada masyarakat di negara ini.

    Semasa ditemui Media Permata, Pengetua Pusat Ehsan, Dayang Nurusaadatul Firdaus Saifulbahri merakamkan kegembiraan yang tidak terhingga kepada pemilik taman berkenaan yang berkesudian menjemput kanak-kanak Pusat Ehsan bersama kakitangan dan ibu bapa atau penjaga untuk sama-sama memeriahkan Sambutan Tahun Baharu Cina di taman tersebut.

    “Dengan adanya majlis sebegini, kami dapat memanfaatkan kelapangan masa yang ada dengan aktiviti riadah seketika bersama sekali gus mampu memberi ketenangan dengan menyaksikan keindahan taman yang disediakan di sini,” ujarnya dengan kesyukuran.

    Taman Joyful Garden yang dibukakan untuk kunjungan ramai secara percuma tersebut merupakan sebuah tempat yang sesuai untuk bersantai, berehat, menikmati suasana yang tenang dengan bunyi air tasik yang mengalir sambil melihat barang-barang tradisional yang dibawakan dari China.

    Ia juga merupakan sebagai salah satu cara bagi pemiliknya untuk menyumbang kembali kepada masyarakat dan penduduk kampung.

    Lim Chee Khiong semasa menyampaikan sumbangan kepada kanak-kanak Pusat Ehsan petang kelmarin.
    Lim Chee Khiong semasa menyampaikan sumbangan kepada kanak-kanak Pusat Ehsan pada petang tadi.
    Kemeriahan yang dirasai oleh kanak-kanak Pusat Ehsan semasa mengadakan lawatan di Joyful Garden.
    Kemeriahan yang dirasai oleh kanak-kanak Pusat Ehsan semasa mengadakan lawatan di Joyful Garden.
    Kemeriahan yang dirasai oleh kanak-kanak Pusat Ehsan semasa mengadakan lawatan di Joyful Garden.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Jepun cadang perluas penangkapan ikan paus komersial kepada ikan paus sirip

    TOKYO, 10 MEI - Agensi Perikanan Jepun telah mencadangkan memperluaskan penangkapan ikan paus komersil di sepanjang pantai negara kepada ikan paus sirip, spesies yang...