Saturday, April 27, 2024
25.3 C
Brunei

    -

    Mafia Itali ditangkap

    SAINT-ETIENNE, 3 FEB – Seorang pembunuh Itali yang disabitkan bersalah, dipercayai anggota sebuah pertubuhan mafia paling berkuasa di negara itu, ditangkap semalam di Perancis selepas 16 tahun dalam pelarian, kata Interpol.

    Edgardo Greco, 63, disyaki menganggotai kumpulan Ndrangheta, sebuah pertubuhan mafia yang berkuasa di Calabria, selatan Itali.

    Interpol berkata dia ditangkap di bandar Saint-Etienne, Perancis, di mana dia pernah membuka sebuah restoran Itali di bawah nama samaran, Caffe Rossini Ristorante, menurut pendakwa raya Perancis. “Dia dikehendaki di Itali untuk menjalani hukuman penjara seumur hidup atas pembunuhan Stefano dan Giuseppe Bartolomeo.” – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...