Saturday, April 27, 2024
36 C
Brunei

    -

    Parti pembangkang minta tangguh perbincangan peruntukan

    KUCHING, 17 MAC – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin serta wakil parti pembangkang, telah meminta perbincangan berkaitan isu peruntukan ditangguhkan kepada minggu hadapan, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

    Beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata, perbincangan yang melibatkan peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang, sepatutnya diadakan pada Selasa lepas.

    “Sepatunya Selasa lepas, semua wakil parti iaitu Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PAS), Datuk Hamzah dan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee (Bersatu), tapi mereka minta tangguh kerana Takiyyudin ada urusan penting di Kota Bharu.

    “Jadi mungkin minggu depanlah, (tarikh) belum ada lagi sebab tunggu mereka tetapkan. Saya sebelum ini memang dah tetapkan Selasa lepas,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pengagihan Bubur Lambuk di Surau Al-Hidayah, Petra Jaya di sini, hari ini. – Bernama

    Fadillah Yusof (dua, kiri), mengagihkan bubur lambuk di Surau Al-Hidayah di Petra Jaya pada 17 Mac. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...