Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Jumlah korban bot karam cecah 50

    LAHORE, PAKISTAN, 20 JULAI – Jumlah kematian dari kapal karam yang membawa rombongan pengantin di Pakistan awal minggu ini dipercayai melebihi 50 nyawa selepas para pegawai berkata hari ini tidak ada harapan untuk menemukan mangsa terselamat.

    Kapal sarat itu membawa sekitar 100 penumpang semasa ia karam Isnin lalu di Sungai Indus di Sadiqabad, wilayah tengah Punjab.

    Sebanyak 26 mayat kebanyakan wanita dan kanak-kanak telah ditemui setakat ini namun puluhan lagi yang masih hilang atau dianggap sudah mati, kata para pegawai.

    “Sudah lebih 48 jam berlalu sejak insiden itu dan tidak ada peluang untuk menemukan mangsa terselamat,” kata Kashif Nisar Gill, jurucakap bagi pentadbiran daerah kepada AFP. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...