Monday, May 6, 2024
30.5 C
Brunei

    -

    Jumlah pelarian Ukraine semakin meningkat

    GENEVA, 3 MAC – Lebih satu juta orang telah melarikan diri dari Ukraine ke negara jiran sejak Rusia melancarkan pencerobohan berskala penuhnya kira-kira seminggu lalu.

    “Hanya dalam tujuh hari, satu juta orang telah melarikan diri dari Ukraine, akibat perang tidak masuk akal ini,” kata ketua pelarian PBB Filippo Grandi dalam satu kenyataan hari ini.

    Agensi Pelarian PBB (UNHCR) telah mengunjurkan bahawa lebih daripada empat juta pelarian Ukraine akhirnya mungkin memerlukan perlindungan dan bantuan, manakala pesuruhjaya pengurusan krisis Kesatuan Eropah berkata angka itu boleh mencecah tujuh juta.

    Lebih 37 juta orang hidup di bawah kawalan kerajaan Kyiv sebelum pencerobohan minggu lalu.

    Setakat ini, UNHCR menganggarkan sebanyak 1,038,583 pelarian dicatatkan melarikan diri ke beberapa buah negara jiran seperti Poland, menurut pegawai pengawalan sempadan berkata bahawa seramai 575,100 pelarian telah memasuki negara tersebut dan kebanyakannya adalah wanita serta kanak-kanak sejak serangan Rusia bermula.

    Beberapa sukarelawan tempatan dilihat mengumpulkan barang bantuan yang akan diberikan kepada pelarian Ukraine. – AFP

    Sementara itu, kira-kira 133,009 orang telah menyeberang jauh dari Ukraine ke Hungary, atau hampir 13 peratus daripada jumlah itu, kata agensi itu.

    Negara itu mengira lima lintasan sempadan dengan Ukraine, dan beberapa bandar sempadan seperti Zahony telah menjadikan bangunan awam sebagai pusat penerimaan pendatang, dengan orang biasa menderma makanan dan pakaian, kata kementerian dalam negeri.

    Manakala di Moldova, UNHCR berkata sebanyak 97,827 pelarian sekarang berada di negara berkenaan.

    UNHCR berkata 72,200 telah melarikan diri merentasi sempadan terpendek Ukraine ke Slovakia, membentuk tujuh peratus daripada jumlah keseluruhan.

    Karolina Lindholm Billing, wakil UNHCR ke Ukraine, menganggarkan pada Selasa lalu bahawa sejuta orang telah kehilangan tempat tinggal akibat pencerobohan itu.

    Dia mengingatkan bahawa agensi itu masih tidak mempunyai angka yang tepat. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pemberontak Kashmir disyaki bunuh koperal tentera udara India

    SRINAGAR, 5 MEI - Seorang anggota tentera udara India terbunuh dan empat lagi cedera apabila pemberontak disyaki menyerang hendap konvoi tentera di Kashmir yang...