Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Junta Myanmar ampunkan pelakon dipenjara

    YANGON, 2 MAC – Seorang aktor, penyanyi dan model terkenal Myanmar yang telah dipenjarakan kerana menyokong bantahan prodemokrasi telah diampunkan dan dibebaskan, kata pasukan perundangannya hari ini.

    Paing Takhon, 25 – seorang bintang di Myanmar dan negara jiran Thailand – turut serta dalam bantahan besar-besaran yang menggegarkan negara itu susulan rampasan kuasa tahun lalu – mengetuai perhimpunan dan memberi sokongan menerusi pengikut media sosialnya.

    Dia ditangkap pada serbuan awal pagi di rumah ibunya di Yangon pada April dan pada Disember dia telah dipenjarakan selama tiga tahun dengan hukuman buruh kasar kerana menyebarkan tentangan ke atas tentera.

    Hari ini, dia dimaafkan dan dibebaskan serta telah pulang ke rumah, kata peguamnya kepada AFP, tanpa memberi butiran lanjut.

    Dalam satu kenyataan, junta mengesahkan pembebasannya, bersama para pelakon Lu Min, Pyi Ti Oo dan Eaindra Kyaw Zin, ‘bagi memberi peluang kepada mereka untuk menyertai dalam pembangunan negara mengikut cara mereka’. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...