Saturday, April 27, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Kain rentang sempena HK ke-38 mula dijual

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 FEB – Sempena Sambutan Hari Kebangsaan (HK) Negara Brunei Darussalam ke-38 yang bakal menjelang, D’Sunlit Sdn Bhd mengumumkan bahawa kain rentang Hari Kebangsaan untuk lot kedai sudah tersedia untuk dijual.

    Kain rentang berkenaan kini boleh didapati di beberapa buah kedai yang tersenarai di keempat-empat daerah iaitu D’Sunlit Sdn Bhd di Perindustrian Beribi bagi Daerah Brunei dan Muara dan Daerah Temburong.

    Bagi Daerah Belait, kain rentang tersebut bolehlah didapati di JYM Company Sdn Bhd, Kawasan Perindustrian Ringan, Kuala Belait manakala itu, bagi Daerah Tutong pula, ia boleh didapati di Restoran Ho Yuen.

    Tarikh menaikkan kain-kain rentang berkenaan adalah bermula 10 pagi, 16 Februari depan dan diturunkan pada 25 Februari.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...