Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    ‘Kami sudah maafkan jurulatih berkenaan’

    ALOR GAJAH, 3 JAN – Bapa kepada salah seorang pelajar perempuan yang ditampar jurulatih dalam satu insiden di kejohanan bola tampar di Kota Tinggi, Johor, baru-baru ini telah memaafkan perbuatan lelaki itu dan berharap dia tidak dikenakan sebarang tindakan.

    Meskipun kejadian itu mendapat perhatian warganet yang mengecam perbuatan berkenaan, namun Abd Halim Bakar, 50, menganggap tindakan itu tidak keterlaluan serta tidak meninggalkan sebarang kesan psikologi ke atas anaknya.

    Sebaliknya beliau melihat kelakuan jurulatih itu sebagai pembakar semangat kepada anaknya untuk beraksi dengan lebih baik pada perlawanan itu dan tindakannya bukan bertujuan mencederakan.

    “Sehubungan itu, saya mohon Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tidak mengambil tindakan memandangkan kami telah memaafkan guru sukan (jurulatih) itu. 

    “Untuk warganet pula, kami minta hentikan semua kecaman kerana saya pun tidak anggap ia serius dan tiada kecederaan yang berlaku,” katanya ketika ditemui pemberita di  Kampung Melekek, di sini hari ini.

    Beliau juga tidak menyangka kejadian itu tular di media sosial sehingga mendapat perhatian Persatuan Bola Tampar Malaysia (MAVA) yang bertindak menggantung tugas jurulatih berkenaan.

    Mengulas lanjut, Abd Halim memaklumkan keluarganya sudah mengenali lelaki itu lebih lima tahun dan berharap beliau dikekalkan berdasarkan kemampuan dan dedikasi jurulatih berkenaan melatih pasukan anaknya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...