Thursday, May 9, 2024
23.3 C
Brunei

    -

    Mitchell pimpin Cavs, sumbang 71 mata

    LOS ANGELES, 3 JAN – Pemain Cleveland, Donovan Mitchell menjaringkan 71 mata yang menakjubkan – menyamai kelapan terbanyak di dalam perlawanan NBA – ketika Cavaliers mengurangkan defisit 21 mata untuk menewaskan Chicago Bulls 145 – 134 dalam masa tambahan kelmarin.

    Prestasi Mitchell adalah penjaring terbanyak di dalam perlawanan tunggal sejak pemain hebat Lakers, Kobe Bryant yang menjaringkan 81 mata menentang Toronto pada 2006.

    Wilt Chamberlain merupakan pemegang rekod penja-ring terbanyak di dalam satu perlawanan sebanyak 100 mata untuk Philadelphia menentang New York Knick pada 2 Mac, 1962.

    Mitchell menjadi pemain ketujuh yang menjaringkan 70 mata atau lebih dalam satu perlawanan.

    Dia pemain pertama Cavs yang pertama menjaringkan 60 mata dalam perlawanan pada musim biasa dan dia juga memberikan 11 bantuan dan meraih lapan rebound.

    Aksi Donovan Mitchell (kiri) dan Nikola Vucevic semasa separuh masa kedua perlawanan bola keranjang NBA, di Cleveland, kelmarin. – AP

    “Pertama sekali, rakan sepasukan saya,” Mitchell berkata dalam temu bual di gelanggang selepas perlawanan,di mana dia disambut dengan hebat oleh penyokong Cavs.

    “Saya tahu saya menjaringkan 70 mata, tetapi tanpa mereka saya tidak akan berada di kedudukan ini. Kami tidak akan berada di kedudukan ini tanpa adanya pemain yang membuat permainan penting dan itu ialah kebenaran yang jujur.”

    Bulls yang mendahului sebanyak 21 mata pada suku kedua dan memperoleh 18 mata pada suku ketiga.

    Bagaimanapun Cavs bangkit dan Mitchell memaksa ke masa tambahan apabila meraih rebound daripada lontaran percumanya yang sengaja dan mendapatkan masa berbaki tiga saat.

    “Kami dipersembahkan dengan permainan yang terhebat dalam sejarah NBA.” Kata jurulatih Cavaliers, JB Bickerstaff.

    Mitchell menjaringkan 22 mata daripada 34 mata semasa perlawanan, menjaringkan tiga mata sebanyak tujuh kali ketika dia memimpin pasukan tanpa kelibat pemain bintang, Darius Garland dan pemain penyerang, Evan Mobley.- AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bangkai tikus dalam roti, lebih 100,000 ditarik balik di Jepun

    TOKYO, 8 MEI - Lebih 100,000 peket roti telah ditarik balik di Jepun selepas bahagian bangkai tikus hitam ditemui di dalamnya, kata pengilang hari...