Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Kane selamatkan Spurs

    LONDON, 15 OGOS – Harry Kane muncul penyelamat apabila menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-96 untuk memastikan Totthenham meraih satu mata selepas mengikat perlawanan 2-2 dalam pertembungan sengit menentang Chelsea kelmarin.

    Namun kedua-dua pengurus Antonio Conte dan Thomas Tuchel dibuang padang selepas wisel penamat kerana berlaku pertengkaran membabitkan me-reka dalam perlawanan itu.

    Chelsea yang kelihatan bersedia memulakan era baharu di Stamford Bridge mencatat permulaan yang baik apabila mendahului dua kali melalui Kalidou Koulibaly dan Reece James.

    Tottenham pula jauh daripada tahap diperlukan dan harus memperbaiki mutu permainan mereka jika ingin memenuhi harapan mencabar Manchester City dan Liverpool dalam perebutan gelaran liga tetapi menunjukkan keperibadian baharu yang diterapkan Conte selepas berjaya mencuri satu mata.

    Pengendali dari Itali itu dan Tuchel kedua-duanya dilayangkan kad kuning selepas gol penyamaan pertama Pierre-Emile Hojbjerg.

    Aksi Kane (tengah) semasa menanduk bola memasuki gawang dalam perlawanan di antara Tottenham dan Chelsea pada 14 Ogos 2022. – Agensi

    Kemarahan kembali memuncak ketika mereka bersalaman selepas Kane meledak pada saat akhir perlawanan.

    “Ia adalah Liga Perdana dan kerana itu kita menyukainya. Ia jurulatih yang emosional di tepi padang,” kata Tuchel.

    “Saya rasa kad merah sebenarnya tidak perlu. Tapi banyak perkara tidak perlu hari ini, oleh itu ia adalah satu lagi keputusan yang buruk daripada pengadil.”

    Tottenham hanya menang sekali di Stamford Bridge sepanjang 32 tahun dalam liga, namun Conte gembira berjaya mengelak kekecewaan berdepan kelab lamanya.

    “Ada perbezaan di antara Chelsea dan Tottenham tetapi kami di sini untuk mengurangkan jurang ini,” kata pengurus Itali itu.

    “Musim lalu kami tewas tiga kali, kali ini kami seri, jadi ia satu kemajuan.” – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...