Friday, May 3, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Kanggaru ‘makan’ tuan

    PERTH, 13 SEPT – Seorang lelaki yang menjadikan seekor kanggaru liar sebagai haiwan peliharaan, telah maut diserang oleh haiwan itu di barat daya Australia, polis menjelaskan hari ini.

    Ia dilaporkan sebagai serangan maut pertama oleh seekor kanggaru di Australia sejak 1936.

    Saudaranya menemui lelaki berusia 77 tahun itu dengan ‘kecederaan parah’ di kediamannya pada Ahad di kawasan separa pedalaman Redmond, 400km ke tenggara di ibu kota barat Australia, Perth. Dipercayai dia sudah diserang awal hari tersebut oleh kanggaru yang telah ditembak mati kerana ia mencegah paramedik sampai kepada lelaki yang cedera, kata polis.

    “Kanggaru itu membahayakan petugas kecemasan,” kata kenyataan itu.Lelaki itu bagaimanapun meninggal dunia di tempat kejadian.

    Polis sedang menyediakan laporan bagi koroner yang akan merekodkan satu punca kematian rasmi.

    Polis percaya mangsa telah memelihara kanggaru liar itu sebagai haiwan peliharaan. – AP

    Gambar fail kanggaru di kawasan Taman Simpanan Wombeyan Karst di Taralga, barat daya Sydney. Seorang lelaki maut dalam satu serangan luar biasa seekor kanggaru di kawasan pedalaman barat Australia. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Lebih 57,000 ayam ditakai di Jepun akibat wabak selesema burung

    TOKYO, 2 MEI - Lebih daripada 57,000 ayam ditakai di Wilayah Chiba Jepun berikutan penularan virus avian influenza, yang merupakan wabak ke-11 musim ini,...