Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Karya Anggun terpilih dalam The Mighty Write

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 MEI – Seorang pelajar Tahun 6 Sekolah Antarabangsa Brunei (ISB), Anggun Zabreen Chan telah dipilih oleh para hakim sebagai salah seorang daripada tiga pemenang naib juara dalam pertandingan menulis antarabangsa, The Mighty Write 2022, bagi pelajar-pelajar berusia sembilan hingga 11 tahun.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh ISB, hari ini, The Mighty Write merupakan pertandingan tahunan yang dikendalikan oleh inisiatif literasi, Pobble.com, untuk mencungkil bakat-bakat penulisan hebat.

    Tahun ini, pertandingan membawa tema If I Ruled the World dan telah menerima penyertaan kreatif daripada serata dunia termasuk ISB di mana penyertaan yang diterima adalah dalam pelbagai bentuk cerita pendek, syair, surat, ucapan atau mana-mana genre fiksyen.

    Syair yang dihasilkan oleh Anggun Chan bertajuk The Girl Who Changed The World, telah diterbitkan di laman penulisan berkenaan.

    Ketua Rendah ISB, Michael Everett berkata bahawa memupuk kecemerlangan akademik merupakan salah satu yang menjadikan ISB sungguh istimewa.

    Beliau menyatakan perasaan teruja untuk mengetengahkan bakat pelajar-pelajar mereka di pentas dunia yang membolehkan mereka untuk cemerlang.

    Pertandingan menulis itu memberi peluang kepada pelajar muda untuk berkongsi fikiran dan idea, mencabar diri mereka serta memperbaiki lagi keyakinan.

    Pelajar-pelajar di ISB disediakan dengan pelbagai peluang untuk mengambil bahagian dalam pertandingan yang serupa di peringkat antarabangsa.

    Anggun Zabreen Chan bergambar bersama sijil pengiktirafan bagi karyanya yang bertajuk The Girl Who Changed The World. – Gambar serahan ISB
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...