Sunday, June 4, 2023
27 C
Brunei

    -

    Kayuhan Santai meriahkan sambutan raya Belait

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 7 MEI – Seramai 41 peserta berbasikal terdiri daripada kumpulan Oil Town Cyclist, Panaga Foldies BN, Trio Bn, Brunei Folding Bike Club, serta peminat dan pemilik basikal lipat, telah menjalani aktiviti Kayuhan Santai di Daerah Belait pada pagi tadi.

    Dimulakan dari tempat letak kenderaan di Masjid RPN Kampung Pandan, rombongan tersebut sempat menuju ke Menara Cendera Kenangan untuk berehat sebentar melalui Jalan Maulana sebelum meneruskan perjalanan ke kediaman Haji Abu Bakar bin Haji Abdullah yang terletak di Kampung Pandan sebagai garisan penamat untuk acara tersebut.

    Sepanjang aktiviti tersebut, semua peserta yang mengambil bahagian, memakai pakaian tradisional Melayu serta memainkan muzik yang sesuai dengan suasana sambutan Hari Raya.

    Haji Abu Bakar yang juga ahli Oil Town Cyclist berkata, acara itu membantu mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara penunggang basikal dari seluruh negara sambil turut meraikan Hari Raya Aidilfitri memandangkan acara itu bertemakan ‘Bedudun Di AidilFitri’.

    “Hari ini, kami dapat meredah Daerah Belait, yang mengimbau masa lalu di mana sebelum penggunaan kereta secara meluas, kami akan melawat rakan-rakan dan keluarga kami dengan basikal, yang ingin kami rakamkan pada masa sekarang.”

    Beliau juga menambah bahawa kumpulan itu juga telah mengadakan Kayuhan Santai serupa yang turut diadakan awal minggu lalu di mana mereka menjelajah Daerah Brunei dan Muara dengan melawat pelbagai lokasi yang menarik sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

    Para peserta semasa memulakan Kayuhan Santai.
    Rombongan peserta bergambar ramai di Masjid RPN Kampung Pandan.
    Rombongan peserta semasa memulakan aksi kayuhan basikal.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Kerja menyelamat kemalangan kereta api korbankan lebih 300 orang ditamatkan

    BALASORE, 4 JUN - Selepas kerja menyelamat selesai, pihak berkuasa mula membersihkan serpihan dua kereta api penumpang yang tergelincir di timur India, membunuh lebih...
    - Advertisment -