Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Kebakaran gereja di Mesir, 41 maut

    KAHERAH, 14 OGOS – Seramai 41 penganut Kristian Koptik terkorban dalam satu kejadian kebakaran di gereja bandar Giza.

    Pihak berkuasa menyatakan bahawa punca kebakaran gereja Abu Sifine, terletak di barat laut daerah Imbaba, masih belum diketahui.

    Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi dalam satu kenyataan berkata beliau telah mengerahkan semua jentera perkhidmatan untuk memastikan semua langkah menyelamat dibuat. Anggota bomba berkata kebakaran berjaya dikawal. Koptik merupakan masyarakat Kristian terbesar di Timur Tengah dengan anggaran 10 juta penduduk Mesir adalah beragama Koptik daripada 103 juta penduduk keseluruhan.

    Al-Sisi merupakan presiden Mesir pertama yang menghadiri acara Krismas anjuran Koptik dan telah melantik hakim pertama yang beragama Koptik dalam Mahkamah Perlembagaan.

    Mesir merekodkan beberapa siri kebakaran yang meragut jiwa beberapa tahun kebelakangan. – AFP

    Polis Mesir ketika berada di luar gereja Abu Sifin selepas berlakunya kejadian kebakaran yang meragut lebih 40 nyawa. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...