Thursday, May 9, 2024
30.6 C
Brunei

    -

    Kecoh Dolla bakal berentap di China

    Kecoh di media sosial ketika ini apabila kumpulan Dolla dilaporkan bakal terlibat dalam sebuah program realiti di China.

    Perbualan mengenai perkara itu hebat diperkatakan apabila muncul sebuah video promo rancangan tersebut iaitu Show It All China.

    Memetik kenyataan mStar, video tersebut menampilkan sedutan klip muzik video Dolla bersama beberapa kumpulan wanita lain termasuk Pixxie, BoysWorld dan Bini.

    Malah pengguna TikTok, @haronzoo yang mengulang siar video promo tersebut memberitahu Dolla akan muncul dalam program tersebut.

    “Dolla akan muncul dalam Show it All, sebuah program realiti di China yang turut menampilkan Exo Lay Zhang sebagai produser,” katanya.

    Menerusi hantaran tersebut juga, Dolla dikhabarkan akan muncul pada episod pertama dan berentap bersama peserta rancangan berkenaan.

    “Dolla dijangka akan tampil di episod awal, sebagai kumpulan pertama yang akan berentap dengan peserta dari China,” komen warganet.

    Show It All China bakal menampilkan anggota Exo Lay Zhang sebagai mentor dan produser muzik.

    Program dilaporkan bakal bersiaran secara eksklusif di aplikasi Mango TV pada setiap hari Khamis bermula 28 Mac ini. – Agensi

    Dolla dikhabarkan akan membuat kemunculan dalam sebuah program realiti di China. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Albanese tolak hujah China dakwa Australia bersalah

    MELBOURNE, 8 MEI - Perdana Menteri Australia Anthony Albanese hari ini menolak hujah China bahawa Australia bertanggungjawab atas pertemuan berbahaya pada hujung minggu antara...