Saturday, April 27, 2024
26.1 C
Brunei

    -

    Roboh gerai Ramadan last minute

    Saya menyambut baik tindakan pihak berkenaan baru-baru ini yang telah mengalihkan gerai-gerai yang dibangunkan tanpa kebenaran dan secara sembarangan di sepanjang jalan awam.

    Ini kerana saya sendiri pernah hampir-hampir terlibat dalam kemalangan jalan raya apabila terpaksa mengelak pemandu yang membuka pintu keretanya yang diletakkan di bahu jalan tanpa memeriksa keadaan lalu lintas terlebih dahulu.

    Barangkali individu tersebut ‘iski’ mahu membeli juadah untuk penyungkaian.

    Saya juga dapat melihat niat baik pihak kerajaan untuk membantu para peniaga mencari rezeki apabila mereka tidak dibiarkan begitu sahaja.

    Walaupun gerai-gerai tepi jalan sudah dirobohkan, pihak kerajaan telah membina dan menyediakan ruang berniaga yang lebih baik dan selamat.

    Gambar Freepik

    Salah satu buktinya dapat kita lihat di Kampung Tagap, Mukim Sengkurong.

    Namun, terdapat dua isu yang ingin saya ketengahkan di sini.

    Pertama, kenapakah tindakan tersebut dilakukan hanya beberapa hari sahaja lagi sebelum umat Islam mula berpuasa?

    Sepatutnya tindakan tersebut dilakukan beberapa bulan lebih awal sebelum para peniaga membuat persiapan untuk berniaga.

    Kedua, kenapa gerai-gerai di kawasan membeli-belah di Rimba jua menerima tempias sama.

    Bukankah kawasan letak kereta tersebut adalah milik syarikat berkenaan?

    Buat pengetahuan pihak berkenaan, ada di antara peniaga yang sudah melaburkan kesemua simpanan, khusus untuk berdagang di gerai Ramadan pada bulan puasa ini yang kini, semuanya hancur lebur.

    Apabila tindakan berkenaan diambil secara mendadak, ramai orang yang terkesan lebih-lebih lagi modal untuk berniaga yang sudah diperuntukkan, siapakah hendak menggantinya?

    Pondok gerai tersebut sudah bertahun-tahun didirikan tetapi kenapa sekarang baru hendak diarah untuk dirobohkan. Kenapa sejak dari dulu ia didirikan, ia tidak diambil tindakan?

    Peniaga tersakiti

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...