Monday, May 20, 2024
23.9 C
Brunei

    -

    Bekas ketua persatuan bola sepak China dihukum penjara

    WUHAN, 26 MAC – Sebuah mahkamah di Wilayah Hubei tengah China menjatuhi hukuman penjara seumur hidup terhadap bekas Ketua Persatuan Bola Sepak China (CFA), Chen Xuyuan atas kesalahan rasuah kelmarin.

    Menurut keputusan mahkamah, tertuduh dilucutkan hak politik seumur hidup dengan semua harta peribadinya akan dirampas.

    Selain itu, keuntungan yang diperoleh secara haram akan didapatkan semula dan diserahkan kepada perbendaharaan negeri, lapor Xinhua.

    Mahkamah Pertengahan Rakyat Huangshi mendapati Chen menyalah guna pelbagai jawatan yang disandangnya dari tahun 2010 hingga tahun 2023 termasuk yang berkaitan CFA, antaranya membantu individu lain dalam perkara berkaitan kontrak projek, operasi pelaburan dan pengaturan acara sukan.

    Sebagai balasan, beliau menerima wang tunai dan barang berharga bernilai lebih 81 juta yuan (kira-kira AS$11.42 juta).

    Menurut mahkamah, semasa berkhidmat di CFA, Chen cuba mendapatkan kelebihan yang tidak adil bagi beberapa kelab bola sepak dan persatuan bola sepak tempatan dalam pelbagai aspek seperti pengaturan acara sukan, kenaikan pasukan dalam liga dan keputusan pengadil.

    Ini telah mengganggu persaingan yang adil dan keseimbangan industri, menyebabkan kemudaratan besar kepada pembangunan bola sepak negara.

    Beliau juga didapati telah membantu individu lain dalam kenaikan pangkat dan pengaturan kakitangan. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Helikopter presiden Iran ‘kemalangan’

    TEHRAN, 19 MEI - Sebuah helikopter yang membawa konvoi Presiden Iran, Ebrahim Raisi terlibat dalam ‘kemalangan’ hari ini, lapor media negara itu, tanpa menyatakan...