Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Kediaman Trump ‘diserbu’ FBI

    WASHINGTON, 9 OGOS – Bekas presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkata semalam kediamannya Mar-A-Lago di Florida telah ‘diserbu’ oleh ejen FBI yang digelarnya sebagai ‘salah laku kuasa.’

    “Ia adalah masa yang gelap untuk negara kami, kerana kediaman saya, Mar-A-Lago di Palm Beach, Florida, sedang dikepung, diserbu dan dipenuhi sekumpulan ejen FBI,” katanya dalam satu kenyataan yang disiar di rangkaian Truth Social.

    “Ia adalah salah laku kuasa, senjata Sistem Keadilan dan serangan oleh Demokrat yang tidak mahu saya bertanding untuk jawatan presiden pada 2024,” kata Trump. “Malah mereka juga memecah peti simpanan keselamatan saya!”

    Jabatan Keadilan (DoJ) AS melancarkan siasatan peringkat awal terhadap perbuatan Trump mengeluarkan rekod rasmi presiden dan menyimpannya di rumahnya di Florida, didedahkan April lalu oleh sumber yang mengetahui mengenai isu terbabit.

    Siasatan dimulakan selepas Pentadbiran Arkib Negara dan Rekod Kebangsaan AS memaklumkan Kongres Februari lalu bahawa ia menemui kira-kira 25 kotak dokumen Rumah Putih di rumah Trump di Florida, sebahagiannya maklumat rahsia.

    Jawatankuasa Rumah Perwakilan AS pada masa itu mengumumkan ia memperluaskan skop siasatan terhadap tindakan Trump dan meminta pihak arkib mengemukakan maklumat tambahan.

    Trump sebelum ini mengesahkan beliau bersetuju memulangkan rekod tertentu kepada pihak arkib, sambil menyifatkan perbuatannya sebagai ‘sesuatu yang biasa dan proses rutin’. – AFP

    Gambar fail menunjukkan kediaman Donald Trump Mar-a-Lago di Palm Beach, Florida. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...