Thursday, May 9, 2024
24.2 C
Brunei

    -

    Kedudukan Kyiv dalam rundingan dengan Rusia lemah

    WASHINGTON, 16 JUN – Anggota rundingan damai krisis Ukraine-Russia, Davyd Arakhamia, menyifatkan kedudukan Kyiv dalam rundingan yang kini tergendala, sebenarnya agak lemah,lapor Sputnik.

    “Kedudukan rundingan sebenarnya agak lemah, jadi kita tidak mahu duduk di meja rundingan jika kita berada di kedudukan itu. Kita perlu menukarkannya kepada beberapa perkara,” kata Arakhamia.

    Beliau turut berkata, meskipun rundingan dihentikan, delegasi Ukraine masih mengadakan perbincangan telefon dengan pihak Rusia sekali atau dua kali seminggu.

    “Kedua-dua pihak jelas menyedari bahawa pada masa ini, tiada tempat untuk mereka berunding,” kata Arakhamia.

    Beliau juga berkata, Ukraine telah kehilangan sehingga 1,000 orang pejuang kerana terbunuh atau cedera setiap hari di wilayah Donbas di mana lokasi tentera Rusia sedang mara.

    Menurut Arahamia, Ukraine telah merekrut satu juta pejuang dan mempunyai keupayaan untuk merekrut dua juta lagi.

    Rusia melancarkan operasi ketenteraan di Ukraine pada 24 Februari lalu. Kedua-dua buah negara telah mengadakan beberapa pusingan rundingan sejak itu tetapi gagal mencapai sebarang kesepakatan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Hong Kong gagalkan percubaan rompakan

    HONG KONG, 8 MEI - Polis Hong Kong menahan lima lelaki yang cuba merompak sebuah kedai barang kemas, dengan rakaman kamera litar tertutup (CCTV)...