Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    4 lelaki asing ditahan dalam kes video tular sokong hina Nabi Muhammad

    KUALA LUMPUR, 16 JUN – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan empat lelaki warga Nepal selepas disyaki terbabit dalam kes sebuah video tular di aplikasi TikTok mengenai pendirian menyokong perjuangan ahli politik dari India yang membuat penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW.

    Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata kesemua individu berusia 26 hingga 27 tahun ditahan di Meru, Klang hari ini oleh anggota Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang (D5) JSJ Bukit Aman dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Utara.

    Beliau berkata PDRM turut merampas peranti dipercayai digunakan untuk merakam dan memuat naik hantaran yang ditularkan itu. – Bernama

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...