Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Kehidupan lebih selamat sejak kewujudan ESSCOM

    LAHAD DATU, 31 JUALI – Penduduk di sekitar Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) menjalani kehidupan harian dengan rasa lebih selamat dan mereka meyakini perkara itu akan berterusan dengan kewujudan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom).

    Menurut mereka, keyakinan itu disandarkan dengan komitmen serta dedikasi pasukan keselamatan terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang bersama-sama menjaga keselamatan dan kedaulatan di bawah payung ESSCom.

    Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kam-pung Bakapit di sini Mohd Shah Abd Hassan berkata rondaan kerap dilakukan pasukan keselamatan sama ada di darat dan laut menyakinkan penduduk untuk keluar mencari rezeki meskipun pada lewat malam.

    “Sebelum ada ESSCom, penduduk kampung takut-takut keluar cari rezeki kalau sudah lewat disebabkan kedudukan kampung yang hampir dengan laut, (tetapi kini) pasukan keselamatan komited mengawal keselamatan,” katanya kepada Bernama.

    Mohd Shah, 55, berkata jalinan kerjasama komuniti Kampung Bakapit dan pasukan keselamatan juga membantu mengukuhkan keselamatan melalui perkongsian maklumat.

    Bagi JPKK Kampung Remang Juliana Binjin pula menganggap inisiatif kerajaan menubuhkan ESSCom itu umpama memberi peluang kedua untuk hidup sejahtera kerana kejadian pencerobohan pengganas di Tanduo pada 2013 menimbulkan trauma kepada penduduk Lahad Datu.

    “Ada ESSCom ini rasa lebih terjamin, kerana kita nampak mereka bekerja,” katanya lagi. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...