Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Kejayaan takluki Belanda titik permulaan Myisha

    KUALA LUMPUR, 17 APRIL – Pemain perseorangan wanita Malaysia, Myisha Mohd Khairul, menyifatkan gelaran sulung antarabangsanya musim ini selepas menjuarai Kejohanan Badminton Siri Antarabangsa Belanda semalam sebagai satu titik permulaan untuknya melangkah lebih jauh.

    Justeru, Myisha yang menduduki ranking ke-328 dunia berharap agar dapat mengekalkan momentum kemenangan yang dilakarnya di Belanda bagi menempuh cabaran dalam kejohanan akan datang.

    “Saya rasa sangat bersyukur dan sebenarnya saya tidak menyangka akan muncul sebagai juara,” katanya dalam satu video yang dikongsi kepada media hari ini.

    Pemain berusia 19 tahun yang berasal dari Johor Bahru itu muncul juara selepas menewaskan rakan senegara, Siti Nurshuhaini Azman 21-19, 18-21, 21-19 pada kejohanan
    berlangsung di Wateringen itu.

    Mengulas mengenai aksinya semalam, Myisha mengakui berdepan detik sukar ketika menentang Siti Nurshuhaini di pentas final. 

    “Perlawanan menjadi sengit kerana kami sudah tahu corak permainan masing-masing, tambah pula kami pernah berlawan banyak kali dan berlatih bersama,” katanya.– Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...