Wednesday, May 8, 2024
23.1 C
Brunei

    -

    Kek ais khas untuk panda

    WASHINGTON, 17 APRIL – ‘Kek’ diperbuat daripada jus buah-buahan ais, ubi manis, lobak merah dan tebu dan ia habis kira-kira 15 minit sebaik sahaja ibu panda Mei Xiang dan anaknya Xiao Qi Ji mula memakannya.

    Penghuni paling terkenal Zoo Nasional itu menikmati sarapan istimewa tersebut semalam di depan penonton ketika zoo meraikan 50 tahun perjanjian pertukaran panda dengan kerajaan China.

    Bapa Xiao Qi Ji, Tian Tian tidak menyertai acara pada pagi itu, mengunyah buluh dalam kurungan sebelah dengan bunyi kunyahannya jelas kedengaran semasa pengumuman oleh duta China Qin Gang. Duta itu memuji beruang panda sebagai ‘lambang persahabatan’ di antara kedua-dua negara. Panda mempunyai sifat suka bersendirian dan dalam hutan Tian Tian mungkin tidak akan bertemu dengan anaknya. Ia menerima kek yang sama untuk makan tengah hari.

    Selain mengalu-alukan perjanjian 1972 yang didorong oleh lawatan bersejarah Presiden Richard Nixon ke China, perayaan semalam juga memaparkan kejayaan program pembiakan panda global, yang telah membantu mengembalikan beruang daripada hampir kepupusan.

    Kelahiran Xiao Qi Ji pada Ogos 2020 dianggap sebagai satu keajaiban, disebabkan umur Mei Xiang yang sudah tua dan disebabkan kakitangan zoo menjalankan prosedur permanian beradas di bawah sekatan ketat sejurus selepas pandemik COVID menutup seluruh zoo. Pada usia 22 tahun, Mei Xiang adalah panda paling tua yang berjaya melahirkan anak di Amerika Syarikat.

    Sebagai mengiktiraf kejayaan program tersebut, anak berusia 20 bulan itu sekarang diberikan nama yang diterjemah sebagai ‘keajaiban.’ Kelahirannya pada pertengahan pandemik mencetuskan gelombang baharu panda, dengan tontonan di penstriman panda-cam zoo meningkat sebanyak 1,200 peratus. – AP

    Panda Mei Xiang dan anak Xiao Qi Ji memakan kek buah ais sempena ulang tahun ke-50 program penjagaan dan pembiakan panda di Zoo Nasional di Washington pada 16 April 2022. – AP
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Selatan catat suhu paling panas pada April

    SEOUL, 7 MEI - Korea Selatan mengalami April terpanas sejak rekod komprehensif bermula pada 1973, kata agensi cuaca hari ini, dengan purata suhu harian...