Saturday, April 27, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Ruang tamu terbakar

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 APRIL – Satu kejadian kebakaran telah dilaporkan berlaku di sebuah rumah jenis pangsapuri di Seria pada 15 April lalu, yang melibatkan ruang tamu rumah berkenaan.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP), di sini, tujuh orang anggota dari Balai Bomba Seria yang diketuai oleh Pemangku SO Hamdan bin Haji Hassan, dikejarkan ke tempat kejadian pada pukul 2:13 petang.

    Kenyataan menyatakan bahawa api kecil telah membakar perabot rumah yang melibatkan keseluruhan bilik tamu rumah jenis pangsapuri di tingkat 1 dengan bilik tamu itu berukuran 8 meter panjang, 6 meter lebar serta keseluruhannya diperbuat daripada konkrit.

    Anggota bomba dan penyelamat segera bertindak memadamkan kebakaran dengan api dapat dikawal dalam masa 10 minit.

    Kenyataan juga menyatakan bahawa rumah itu didiami oleh seorang lelaki warga asing bersama dua orang lain dan tidak ada kecederaan dilaporkan.

    JBP menyarankan orang ramai supaya memastikan kediaman mereka dilengkapi dengan peralatan keselamatan iaitu alat pemadam api ringan jenis debu kering 2 kilogram dan selimut api, memastikan menutup mana-mana suis peralatan elektrik selepas digunakan atau sebelum meninggalkan rumah, jangan sesekali meninggalkan masakan di dapur tanpa diawasi dan jika terdapat kebocoran pada gas untuk memastikan membuka jendela dan pintu bagi pengudaraan serta untuk memastikan penyelenggaraan wayar elektrik dikendalikan oleh syarikat yang bertauliah mengikut piawaian yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Elektrik.

    Keadaan bilik tamu sebuah rumah jenis pangsapuri yang mengalami kerosakan dalam kejadian kebakaran pada 15 April lalu. – Gambar serahan JBP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...