Wednesday, May 8, 2024
23 C
Brunei

    -

    Kekasih Selena Gomez direstui keluarga

    Hubungan cinta penyanyi, Selena Gomez dan penerbit album, Benny Blanco mendapat restu keluarga kerana menganggap mereka pasangan serasi.

    Memetik laporan ET, sumber memberitahu hubungan Selena dan Benny memberi gambaran positif apabila pasangan itu dikatakan saling menghormati antara satu sama lain.

    “Semua orang dapat melihat mereka mempunyai hubungan yang penuh dengan kasih sayang malah melihat Benny seorang lelaki budiman.

    “Selena dan Benny sangat menghormati antara satu sama lain dan hubungan mereka berkembang dengan cara positif,” katanya.

    Malah sumber turut berkongsi pasangan itu dilihat saling melengkapi dan berusaha untuk sering berkomunikasi, jujur dan menyokong antara satu sama lain.

    “Mereka berdua dilihat mempunyai masa depan yang cerah kerana ada usaha memperbaiki hubungan menjadi lebih baik,” ujarnya.

    Pada Disember tahun lalu, Selena mengesahkan dia dan Benny sedang menjalin hubungan cinta. – Agensi

    Hubungan Selena dan Benny sebelum ini mendapat tentangan peminat. – media.glamour
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mengundi dalam fasa ketiga pilihan raya negara

    NEW DELHI, 7 MEI - Berjuta-juta pengundi India di 93 kawasan mengundi pada hari ini ketika Perdana Menteri India, Narendra Modi telah melancarkan kempen...