Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Kekurangan bekalan minyak teruk gegarkan semula Sri Lanka

    COLOMBO, 19 APRIL – Kekurangan bekalan minyak teruk telah mencetuskan protes spontan di seluruh Sri Lanka hari ini, dengan berpuluh-puluh ribu pemandu yang berang membakar tayar dan menghalang sebatang jalan raya utama menuju ke ibu negara, kata polis dan pegawai tempatan.

    Sri Lanka telah kehabisan wang untuk membiayai import penting termasuk makanan, ubat-ubatan dan minyak, mencetuskan protes berminggu-minggu yang menuntut peletakan jawatan Presiden Gotabaya Rajapaksa dalam krisis ekonomi terburuk negara sejak ia merdeka dalam 1948.

    Bantahan terbaharu menyaksikan lebuh raya 115km menghubungkan bandar tengah Kandy ke ibu negara, Colombo terhalang dalam beberapa laluan, ketika stesen minyak di seluruh Sri Lanka kehabisan petrol dan diesel.

    Syarikat minyak utama, Ceylon Petroleum Corporation telah menaikkan harga minyak sehingga 64.2 peratus pada Selasa dan meningkatkan sistem had pencatuan berapa banyak individu boleh membelinya yang dilaksanakan minggu lalu.

    Pemandu yang menyertai protes di Colombo turut menuntut Rajapaksa berundur, dalam bantahan berterusan 11 hari.

    Manakala doktor-doktor di hospital utama kanak-kanak juga mula mengadakan rapat umum hari ini atas kekurangan ubat-ubatan dan peralatan serius. – AP

    Aktivis Parti Janatha Vimukthi Peramuna dan penyokongnya melaungkan slogan antikerajaan semasa demonstrasi di Colombo, 19 April. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...