Thursday, September 28, 2023
25.9 C
Brunei

    -

    Keluarga 52 rasai debaran Piala Dunia Qatar

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 NOV – Seramai 21 orang ahli keluarga besar Haji Ali yang lebih dikenali dengan nama ‘Keluarga 52’ telah berangkat meninggalkan negara bagi menyaksikan secara langsung perlawanan Piala Dunia 2022 di Qatar.

    Ia bukanlah kali pertama keluarga berkenaan menghadiri secara fizikal ke perlawanan-perlawanan Piala Dunia jelas pengurus rombongan, Haji Zainal bin Haji Ali. Mereka berkesempatan menyaksikan Piala Dunia 2014 di Brazil dan Piala Dunia 2018 di Rusia.

    Haji Zainal menjelaskan bahawa rombongan kali ini melibatkan bilangan ahli yang paling ramai berbanding rombongan sebelumnya kerana ia diadakan di sebuah negara Islam.

    Oleh itu, tiada masalah untuk mencari makanan halal.

    “Kami telah membuat persiapan dan melakukan perancangan bagi perjalanan kali ini sejak lebih setahun yang lalu.

    “Alhamdulillah kami juga bertuah kerana turut mendapat bantuan daripada pihak FABD dalam membantu kami mendapatkan tempahan tiket,” tambah Haji Zainal.

    Sepanjang 10 hari di Qatar, mereka merancang untuk menghadiri tiga perlawanan bola sepak termasuklah perlawanan pembukaan antara pasukan tuan rumah, Qatar menentang pasukan Ecuador di Stadium Al Bayt.

    Pengurus rombongan, Haji Zainal (kanan) bersama adiknya.
    Gambar ramai Keluarga 52 yang berlepas meninggalkan negara bagi menyaksikan Piala Dunia FIFA 2022 di Qatar.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Kim gesa pengeluaran senjata nuklear lebih besar

    PYONGYANG, 28 SEPT - Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un menggesa peningkatan eksponen dalam pengeluaran senjata nuklear dan agar negaranya memainkan peranan yang lebih...