Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Kemahiran pesara K-KOMM wajar dijadikan aset

    PUTRAJAYA – Kemahiran dan kepakaran yang diperoleh semasa berkhidmat dalam perkhidmatan awam wajar dijadikan aset oleh pesara Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM), untuk kekal aktif dan terus menyumbangkan idea selepas persaraan.

    Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainal Abidin ketika berucap pada Majlis Jasamu Dikenang 2022 K-KOMM, berkata alam persaraan merupakan batu loncatan untuk para pesara mengisi ruang yang terbuka luas di luar perkhidmatan awam, untuk diceburi di peringkat peribadi, keluarga dan masyarakat.

    “Alam persaraan tidak bermakna ‘bersara’ secara keseluruhannya daripada sebarang aktiviti dan sumbangan idea, selain penting untuk kekalkan momentum bekerja bagi memastikan kesihatan fizikal dan psikologi adalah stabil, dalam fasa transisi persaraan,” katanya pada majlis itu di sini.

    Zahidi dalam pada itu berharap, mereka yang masih dalam perkhidmatan untuk meneruskan khidmat dengan penuh dedikasi dan berintegriti, dalam membantu K-KOMM merealisasikan agenda dan program yang telah direncanakan.

    “Kesinambungan ini amat diperlukan untuk terus menjadi pemangkin kepada pembangunan sektor komunikasi dan multimedia negara,” katanya.

    Seramai 178 pesara merangkumi agensi di bawah K-KOMM termasuk dari Sabah dan Sarawak antaranya Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Jabatan Penyiaran, Jabatan Penerangan, diraikan pada majlis itu termasuk bekas Ketua Pengarang Bernama Khairdzir Md Yunus. – Bernama

    Datuk Zahidi Zainul Abidin bersama Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri

    Mohammad Mantek bergambar bersama penerima sijil penghargaan pada Majlis Jasamu Dikenang di Kementerian Komunikasi dan Multimedia. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...