Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Kembar eksentrik Perancis terkorban kerana COVID-19

    PARIS, 4 JAN – Dua saudara kembar bintang TV Perancis yang tidak divaksin, yang mencipta nama dalam program sains pada 1980an sebelum terkenal dengan pembedahan kosmetik mereka, telah meninggal dunia dalam masa seminggu antara satu sama lain kerana COVID-19, menurut pengesahan rakan dan keluarga.

    Kematian Igor Bogdanoff, 72, disahkan kelmarin oleh peguamnya, Edouard de Lamaze, serta ejennya.

    Dia meninggal dunia hanya enam hari selepas abangnya, Grichka Bogdanoff meninggal dunia di hospital Paris, juga akibat COVID-19, menurut pengesahan peguam.

    Dikenali secara mendadak di Perancis dan pilihan majalah selebriti di negara itu, mereka juga mendakwa telah mengambil bahagian dalam penciptaan Bitcoin.

    “Kami terlibat, sangat awal, dalam kelahiran mata wang kripto,” kata Grichka kepada rancangan TV Perancis, Non-Stop People pada bulan Jun, dengan dakwaan mereka rapat dan bersahabat dengan ahli matematik Jepun yang mencipta Bitcoin.

    Igor mengumumkan bahawa mereka tidak lama lagi akan melancarkan mata wang mereka sendiri, ‘Exocoin’.

    Kedua-dua adik-beradik itu enggan mendapatkan suntikan vaksin COVID-19, kata rakan
    mereka, Luc Ferry, bekas menteri pendidikan, minggu lalu.

    Ferry memberitahu akhbar Le Parisien bahawa dia telah menggesa kedua-dua mereka untuk mendapatkan vaksin ‘berkali-kali’ tetapi mereka menolak atas dasar bahawa mereka ‘sangat aktif dalam sukan, tanpa satu gram lemak’. – AFP

    Dua saudara kembar bintang TV Perancis yang tidak divaksin telah meninggal dunia dalam masa seminggu antara satu sama lain akibat COVID-19. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...