Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Kemenangan berganda Ko

    MIAMI, 21 NOV – Pemain golf New Zealand, Lydia Ko menamatkan musim ini dengan kemenangan berganda selepas menewaskan pemain Ireland, Leona Maguire dalam Kejohanan Jelajah LPGA pada Ahad, sekali gus memenangi hadiah Pemain Terbaik Tahun 2022.

    Ko, yang juga memenangi kejohanan pada tahun 2014, membawa pulang hadiah wang AS$2 juta susulan kemenangannya di Kelab Golf Tiburon, Naples, Florida.

    Kemenangannya yang ke-19 ini juga telah melayakkan dia memenangi Trofi Vare berturut-turut, yang diberikan kepada pemain dengan purata skor terendah dalam musim.

    Ini merupakan penampilan sebenar pada tahun ini untuk Ko, yang memulakan musim ini dengan kemenangan di Boca Rio pada Januari dan kemudian kemenangan dalam Kejohanan BMW di Korea Selatan pada Oktober.

    “Tahun ini merupakan tahun yang terindah. Saya berasa sangat gembira untuk menang seawal musim ini, kemudian di Korea, dan akhir sekali menang acara terakhir tahun ini,” katanya, yang bakal melangsungkan perkahwinan selepas musim ini tamat. “Terlalu banyak perkara menarik berlaku dalam hidup saya sekarang,” tambahnya.

    Anugerah Pemain Terbaik Tahun 2022 milik Ko yang kedua menyusul selepas kemenangannya pada tahun 2015 sekali gus memastikan kedudukannya dalam Balai Kemasyhuran LPGA musim depan. – AFP

    Ko bergambar bersama Trofi Vare, Trofi Pemain Terbaik Tahun 2022 Rolex, dan Trofi Glob CME selepas memenangi Kejohanan Jelajah Kumpulan CME di Kelab Golf Tiburon, Naples, Florida, baru-baru ini. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...