Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Kemenangan pertama buat Russel

    ANKARA, 14 NOV – George Russell dari Britain memenangi perlumbaan Formula 1 (F1) pertamanya kelmarin dalam perlumbaan Grand Prix Sao Paulo yang didominasi pasukan Mercedes, lapor agensi Anadolu.

    Pasukan Mercedes menamatkan saingan 1-2 di Brazil apabila rakan sepasukan dan rakan senegaranya Lewis Hamilton mendapat tempat kedua dalam Pusingan 21 kejohanan dunia F1 2022.

    Kemenangan di litar Autodromo Jose Carlos Pace bermakna ia merupakan kemenangan pertama Mercedes musim ini.

    Russell berjaya menamatkan perlumbaan dengan catatan masa satu jam, 38 minit dan 34.044 saat bagi 71 pusingan.

    Hamilton, juara F1 tujuh kali, ketinggalan 1.529 saat di belakang Russell, manakala pelumba Ferrari, Carlos Sainz di tempat ketiga susulan ketinggalan empat saat.

    Pemandu Red Bull Racing dari Belanda, Max Verstappen yang telah merangkul kejuaraan 2022, menamatkan perlumbaan di tempat keenam.

    Kejohanan Dunia Formula 1 2022 akan berakhir selepas Pusingan 22 di Abu Dhabi pada 20 November. – Bernama

    Reaksi Russel meraikan bersama trofi yang dimenanginya buat kali pertama dalam perlumbaan F1 GP Brazil di Litar Lumba Autodromo Jose Carlos Pace, Sao Paulo, Brazil, kelmarin. – AFP
    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...