Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Kemunculan yu paus bantu usaha konservasi

    KUALA TERENGGANU, 17 JULAI – Yu paus berukuran kira-kira tiga meter yang dijumpai oleh sekumpulan penyelam tempatan pada 10 pagi Jumaat lepas di sekitar perairan Pulau Bidong memberikan data baharu dalam usaha konservasi hidupan marin negara. 

    Pensyarah Kanan Fakulti Sains dan Sekitaran Marin Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Dr Maizah Mohd Abdullah berkata penemuan yang mengujakan itu mengesahkan kawasan perairan itu sebagai laluan migrasi hidupan marin tersebut.  

    “Yu paus ini merupakan haiwan migrasi jadi kehadiran spesies ini dapat memberi maklumat bahawa kawasan Pulau Bidong merupakan laluan migrasi, data ini penting kerana kita belum cukup maklumat di kawasan mana sebenarnya laluan yu paus ini. 

    “Kawasan itu adalah rekod baharu laluan migrasi yu paus, penemuan ini merupakan satu perkara yang mengujakan kera-na haiwan marin ini kerap dijumpai di Pulau Redang, namun belum pernah direkodkan di sekitar perairan Pulau Bidong,” katanya kepada Bernama.  – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...