Sunday, June 4, 2023
24 C
Brunei

    -

    Kena $500 akibat longgok sampah

    Oleh Sim Y. H.

    TUTONG, 26 MEI – Sebuah syarikat perniagaan di Kampung Penabai, Kuala Tutong telah dikeluarkan kompaun kerana didapati melanggar Akta Kesalahan-kesalahan Rampaian 2021, iaitu melonggokkan sampah di tempat awam, kelmarin.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Daerah Tutong, di sini, syarikat berkenaan dikenakan denda kompaun sebanyak $500 oleh Unit Penguatkuasaan, Jabatan Daerah Tutong dan dikehendaki untuk menjelaskan kompaun dalam tempoh tujuh hari.

    Jika gagal membayar denda dalam tempoh tersebut, syarikat itu boleh dihadapkan ke mahkamah di mana jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang $2,000 dan tidak melebihi $10,000 dan bagi kesalahan kedua atau berikutnya boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang $10,000 dan tidak melebihi $30,000, dihukum penjara bagi suatu tempoh tidak melebihi 12 bulan atau kedua-duanya sekali.

    Unit Penguatkuasaan, Jabatan Daerah Tutong mengingatkan orang ramai, pihak syarikat dan pemilik premis perniagaan supaya sentiasa menjaga kebersihan alam sekitar, khususnya di kawasan premis-premis perniagaan dan juga kawasan awam dengan tidak membuang, melonggokkan atau meninggalkan apa jua jenis sampah sarap di tempat awam.

    Sampah sarap yang dibuang secara sembarangan di tempat awam. – Gambar serahan Jabatan Daerah Tutong
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Punca kemalangan kereta api India dikenal pasti

    NEW DELHI, 4 JUN - Menteri Kereta Api India berkata hari ini bahawa punca dan orang yang bertanggungjawab terhadap nahas kereta api yang paling...
    - Advertisment -