Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Kenaikan harga minyak mentah akan jejaskan permintaan

    KUALA LUMPUR, 6 MAC – Tempoh kenaikan harga minyak mentah yang lebih lama  sehingga melebihi paras semasa akan menyebabkan kemusnahan permintaan dan mungkin mempercepat pelaburan dalam sumber tenaga alternatif, menurut Moody’s Analytics.

    Kemusnahan permintaan adalah penurunan yang kekal pada keluk permintaan, dengan pergerakan permintaan terhadap komoditi terus menyusut, di-sebabkan oleh tempoh harga tinggi yang berpanjangan atau bekalan terhad.

    Ketua Ahli Ekonomi Asia Pasifik Moody’s Analytics, Steve Cochrane berkata kenaikan harga minyak mentah global pada masa ini adalah disebabkan premium risiko yang memuncak ekoran ketidaktentuan bekalan.

    Premium risiko merupakan pulangan lebihan yang melampaui kadar bebas risiko. Ia diperlukan oleh pelabur sebagai pampasan setelah tahap risiko bagi pelaburannya meningkat.

    “Bagaimanapun, bekalan sebenar tidak terganggu. Sekatan antarabangsa ke atas beberapa bank Rusia daripada sistem Society for Worldwide Interbank Financial Telecommunication (SWIFT), tidak diperluas kepada bank-bank terbesar di Rusia yang menguruskan kebanyakan transaksi untuk industri tenaga negara itu.

    “Kami menjangkakan jika krisis ketenteraan terbabit tidak melangkaui sempadan Ukraine, sekatan tersebut tidak akan diperluaskan kepada bank-bank Rusia yang lain,” katanya kepada Bernama.

    Beliau berkata seandainya wujud beberapa resolusi dalam beberapa minggu akan datang selain secara jelas minyak dan gas akan terus dibekalkan dari Rusia, maka premium risiko akan berkurangan. Harga komoditi itu pula dijangka kembali kepada paras sebelum berlakunya pencerobohan berkenaan, katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    6 maut dalam kebakaran restoran, hotel

    PATNA, 26 APRIL — Kebakaran besar yang melanda sebuah restoran dan hotel di timur India kelmarin membunuh sekurang-kurangnya enam orang dan mencederakan 20 orang,...