Friday, May 3, 2024
29.8 C
Brunei

    -

    Kepulangan Benzema, Griezmann diragui

    MADRID, 16 SEPT – Atletico Madrid berazam untuk menghalang rekod 100 peratus juara bertahan Real Madrid apabila kedua-dua pasukan bertemu pada Ahad dalam perlawanan derby di Wanda Metropolitano dalam La Liga.

    Pasukan bimbingan Carlo Ancelotti mungkin beraksi tanpa kehadiran penjaring terbanyak Karim Benzema, yang mengambil masa untuk pulih daripada kecederaan paha, tetapi itu tidak menghalang pasukannya untuk meneruskan permulaan sempurna mereka.

    “Kami akan lihat sama ada dia boleh berlatih atau tidak, kami tidak akan mengambil risiko,” kata jurulatih dari Itali itu. “Jika dia berlatih dengan baik, maka dia akan bermain.”

    Hujung minggu lalu, Real Madrid membelasah Real Mallorca 4-1 dengan Eden Hazard turut menjaringkan gol. Pada malam Rabu, mereka berjuang untuk menang 2-0 ke atas RB Leipzig dengan Rodrygo menguasi di bahagian tengah.

    Madrid menjulang Piala Super Eropah menentang Eintracht Frankfurt dan memperoleh lapan kemenangan daripada lapan perlawanan dalam semua pertandingan. Walaupun mereka tidak mendominasi permainan, ada sesuatu yang tidak dapat dielakkan mengenai pasukan Ancelotti setakat ini.

    “Saya tidak meminta pasukan untuk bermain dengan hebat,” kata Ancelotti selepas kemenangan tipis ke atas Leipzig. “Saya meminta mereka bermain permainan mudah, untuk menang.”

    Kepulangan Benzema akan meningkatkan kelancaran serangan Madrid, sementara itu timbulnya persoalan mengenai penyerang Perancis di seluruh bandar untuk Atletico juga.

    Griezmann setakat ini hanya digunakan sebagai pemain simpanan, walaupun jurulatih Diego Simeone mengakui pasukan itu berada pada tahap terbaik apabila penyerang itu bermain. – AFP

    Reaksi Karim Benzema semasa perlawanan bola sepak Liga Juara-Juara menentang Celtic di taman Celtic, Glasgow, Scotland, 6 September lalu. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Lebih 57,000 ayam ditakai di Jepun akibat wabak selesema burung

    TOKYO, 2 MEI - Lebih daripada 57,000 ayam ditakai di Wilayah Chiba Jepun berikutan penularan virus avian influenza, yang merupakan wabak ke-11 musim ini,...