Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    China rekod kes pertama cacar monyet

    BEIJING, 16 SEPT – China hari ini merekodkan kes pertama cacar monyet daripada seorang pengembara yang memasuki sebuah bandar, baru-baru ini, kata pegawai.

    Pihak berkuasa kesihatan di bandar barat daya Chongqing mengatakan orang itu menunjukkan simptom semasa menjalani kuarantin COVID.

    Di bawah dasar Sifar COVID China, orang yang memasuki negara secara tipikalnya mesti melengkapkan tempoh pengasingan antara satu dan dua minggu sejurus ketibaan.

    Pesakit cacar monyet itu didiagnos selepas mengalami simptom termasuklah radang kulit, menurut suruhanjaya kesihatan bandar itu dalam satu laporan, mengkategorikan kes itu sebagai ‘jangkitan import.’

    Pesakit sedang menjalani pengasingan berpusat di hospital ditentukan dan dalam keadaan stabil, menurut laporan itu.

    Disebabkan pesakit diasingkan segera sejurus ketibaan, tiada jangkitan sosial dikesan dan risiko penularan adalah rendah, tambahnya. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...