Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Kepulauan Pasifik isytihar darurat iklim

    SUVA, FIJI, 15 JULAI – Pemimpin-pemimpin negara kepulauan Pasifik hari ini mengisytiharkan darurat iklim dan bersetuju untuk cuba memujuk Kiribati untuk kembali semula menyertai kumpulan diplomatik utama rantau itu.

    Kiribati mengumumkan ia menarik diri daripada Forum Kepulauan Pasifik menjelang sidang kemuncak pemimpin-pemimpin di Fiji minggu ini.

    Langkah tersebut dilihat sebagai tanda pengaruh China yang semakin berkembang di rantau itu.

    Dalam kenyataan yang bakal dikeluarkan, pemimpin-pemimpin ‘mengalu-alukan dan menyokong’ komitmen kerajaan Australia yang baharu untuk mengutamakan perubahan iklim semasa forum tersebut, The Assosiated Press Australia melaporkan selepas melihat dokumen berkenaan.

    Australia komited untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau sebanyak 43 peratus di bawah paras pada tahun 2005 menjelang penghujung dekad ini di bawah kerajaan yang baharu dipilih pada Mei.

    Kerajaan terdahulu Australia komited untuk mengurangkan hanya 26 hingga 28 peratus menjelang 2030. – AP

    Pemimpin-pemimpin dari negara kepulauan Pasifik bergambar ramai semasa Forum Kepulauan Pasifik di Suva, Fiji, baru-baru ini.- AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...