Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    Kerjasama ibu bapa dan guru lahirkan pelajar berjaya

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 JUN – Dalam mengukuhkan nilai kasih sayang dan tanggungjawab antara ibu bapa dan anak sekali gus mewujudkan rumah tangga yang harmoni dan berpendidikan cemerlang, Sekolah Menengah Sayyidina Umar Al-Khattab (SMSUA) telah mengadakan Program Permata Hatiku anjuran bersama Bahagian Akademik
    dan Bahagian Kaunseling sekolah berkenaan, kelmarin.

    Hadir pada majlis itu ialah Pengetua SMSUA, Dayang Sinasuria binti Haji Ibrahim dan para pelajar Tahun 11 serta para ibu bapa pelajar berkenaan.

    Majlis diisikan dengan ceramah dan bengkel Motivasi Permata Hatiku yang disampaikan oleh penceramah undangan iaitu Pegawai Pelajaran/Kaunselor Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah, Hajah Siti Azizah binti Haji Wahsalfelah.

    Menurut kenyataan SMSUA, setiap anak yang dilahirkan umpama permata indah yang berharga lagi tinggi nilainya. Ibu bapalah yang banyak memainkan peranan yang besar dalam pengasuhan serta pendidikan mereka selain guru, yang merupakan tugas utama mereka mendidik dan memimpin pelajar ke arah perubahan dalam kehidupan dengan lebih
    baik.

    Antara rumah dan sekolah, rumah merupakan tempat yang paling lama pelajar berada dan di situ terdapat peranan ibu bapa yang mesti dijalankan selepas guru menjalankan amanah dan tugasnya di sekolah.

    Sehubungan itu, ibu bapa perlu dijelaskan peranan mereka agar gabungan antara ibu bapa dan guru dapat menjadikan pelajar insan yang berjaya.

    Objektif program berkenaan adalah untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan ibu bapa dan penjaga tentang pentingnya penerapan disiplin, pengurusan anak-anak dan pendidikan untuk masa hadapan anak mereka dan memberi ruang dan peluang kepada ibu bapa dan penjaga menyedari dan mengimbau kelemahan dan kekuatan yang ada pada anak mereka khususnya dalam pelajaran.

    Penceramah undangan semasa menyampaikan motivasi.
    Antara pelajar dan ibu bapa yang menyertai program berkenaan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...