Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    MoU D’Sunlit, rakan kongsi sempena CF27

    Oleh Yusrin Junaidi
    Gambar oleh Muiz Matdani

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 JUN – Pesta Pengguna ke-27 (CF27) bakal kembali pada 14 hingga 18 Jun depan di Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas dengan bertemakan Bold and Curious.

    Sehubungan itu, D’Sunlit Sdn Bhd selaku penganjur acara yang dinanti-nanti itu, telah mengadakan majlis penandatanganan memorandum persefahaman (MoU) bersama rakan-rakan kongsi acara berkenaan di D’Sunlit Sdn Bhd, hari ini.

    Hadir pada majlis berkenaan ialah Pengarah D’Sunlit Sdn Bhd, Dato Haji Danial bin Haji Hanafiah, diiringi oleh Pengurus Pembangunan Perniagaan D’Sunlit, Gavin Chai.

    Turut hadir ialah para wakil rakan kongsi dan korporat dari beberapa buah organisasi yang terlibat sepanjang acara CF27 yang terdiri daripada Brunei Press Sdn Bhd selaku media cetak dan digital rasmi, Bank Islam Brunei Darussalam, IBIC Sdn Bhd, Aewon Garment dan Embroidery Sdn Bhd, Oregon Systems dan banyak lagi.

    Semasa majlis berkenaan, rakan-rakan kongsi juga mendengar penerangan mengenai perkembangan terkini, logistik, terma dan syarat, dan perkara-perkara yang berbangkit mengenai acara berkenaan.

    Mengenai dengan tema berkenaan, Bold and Curious adalah bagi menggalakkan pemerkasaan diri untuk orang ramai mencuba lebih banyak perkara, melangkaui zon selesa mereka dan menerima idea yang tidak konvensional.

    Seperti sebelumnya, Pesta Pengguna kali ini juga akan membawa kembali keluarga Babah, Babu, Boboi dan Alai bagi memeriahkan suasana kekeluargaan dengan tawaran yang sangat menarik.

    Sepanjang acara lima hari berkenaan, para pengunjung juga berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik dan menyertai pelbagai aktiviti yang akan diadakan.

    Cabutan hadiah utama juga akan diadakan di mana penggunjung berpeluang memenangi sebuah kereta Toyota Wigo sumbangan NBT (Brunei) Sdn Bhd.

    Dato Haji Danial semasa menandatangani MoU bersama wakil rakan kongsi dari Toyota.

    Dato Haji Danial dan Gavin Chai bergambar ramai bersama wakil rakan-rakan kongsi yang akan sama-sama menjayakan CF27.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...