Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Kes baharu COVID turun lebih 58 peratus

    KUALA LUMPUR, 9 MEI – Bilangan kes baharu COVID di Malaysia bagi Minggu Epidemiologi (ME) ke-18 yang bermula dari 1 hingga 7 Mei, menurun sebanyak 58.3 peratus iaitu kepada 8,732 kes berbanding 20,937 kes pada minggu sebelumnya. 

    Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkembangan itu menyaksikan jumlah kes tempatan menurun sebanyak 58.3 peratus atau 20,876 kes kepada 8,703 kes dan kes import berkurang 52.5 peratus atau 61 kes kepada 29 kes.

    Beliau berkata angka terbaharu itu menjadikan kumulatif kes COVID di Malaysia kini sebanyak 4,456,736 kes dengan 23,276 kes aktif.

    “Bilangan kes sembuh pada ME ke-18 menurun sebanyak 45.1 peratus atau 56,352 kes kepada 30,930 kes, berbanding ME ke-17 dan kumulatif individu pulih ialah 4,397,881.

    “Kes kematian pada ME ke-18 menurun sebanyak 42.9 peratus (56 kes kepada 32 kes) berbanding ME ke-17 dan menjadikan kumulatif kematian kini 35,579,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

    Sementara itu, jumlah kemasukan pesakit COVID ke fasiliti kesihatan iaitu hospital dan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) awam bagi setiap 100,000 penduduk juga menurun 27 peratus untuk ME sama berbanding ME sebelumnya.

    “Kemasukan pesakit COVID ke hospital awam bagi setiap 100,000 penduduk menurun sebanyak 50 peratus melibatkan semua kategori pesakit.

    “Secara keseluruhan, peratusan penggunaan katil COVID-19 bukan kritikal turun 21 peratus; katil Unit Rawatan Rapi (ICU) menurun 20 peratus dan katil PKRC pula menurun 100 peratus,” katanya. – Bernama

    Gambar fail menunjukkan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang media selepas program menyantuni petugas kesihatan sempena Hari Raya Aidilfitri di Hospital Putrajaya. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...