Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Man City hampiri gelaran Liga Perdana

    LONDON, 9 MEI – Manchester City mengambil kesempatan ke atas kekalahan Liverpool dalam pemburuan kejuaraan Liga Perdana ketika pasukan itu semakin hampir untuk mengekalkan mahkota mereka dengan membenam Newcastle 5-0 kelmarin.

    Di tempat lain, Arsenal menewaskan Leeds yang diancam penyingkiran 2-1 untuk meningkatkan peluang mereka dalam menamatkan saingan di kedudukan empat teratas.

    Hasil kawalan rentak permainan yang cemerlang, skuad kendalian Pep Guardiola berjaya menghasilkan gol menerusi Raheem Sterling dan Aymeric Laporte sebelum separuh masa pertama di Stadium Etihad.

    Rodri mendapat gol ketiga City selepas rehat sebelum Phil Foden dan Sterling menjaringkan gol pada masa kecederaan membawa mereka kembali ke puncak carta.

    Liverpool telah menyingkirkan juara itu di perlawanan sebelumnya walaupun kehilangan dua mata dalam keputusan seri 1-1 menentang Tottenham pada Sabtu lalu.

    Tetapi City kini mengungguli tiga mata daripada Liverpool, dengan baki tiga perlawanan untuk kedua-dua pasukan. Anak buah Guardiola mempunyai kelebihan perbezaan empat gol daripada The Reds. Liverpool akan beraksi di Aston Villa Rabu ini, manakala City akan mengunjungi Wolves Khamis nanti.

    Gelaran juara liga adalah satu-satunya trofi yang tinggal untuk diperjuangkan City selepas peluang mereka mara ke final Liga Juara-Juara buat kali kedua berturut-turut gagal apabila tewas kepada Real Madrid Rabu lalu.

    Tetapi City boleh melupakan keperitan itu dengan memenangi gelaran Inggeris keempat dalam lima musim dan satu langkah lebih dekat ke arah kejayaan yang diingini oleh The Citizens. – AFP

    Aksi pemain Man City Raheem Sterling, (kanan) menanduk untuk menjaringkan gol pertama pasukannya kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...