Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Kes COVID-19 terus meningkat menjelang pembukaan sempadan

    CANBERRA, 20 FEB – Australia melaporkan lebih 15,000 kes baharu dan 33 kematian akibat COVID-19 hari ini, sehari sebelum sempadan negara dibuka kepada pelancong lengkap divaksin, lapor agensi berita Xinhua.

    Australia akan melonggarkan sekatan di sempadan mulai esok, 21 Februari, membolehkan pelancong antarabangsa memasuki negara itu buat pertama kali sejak Mac 2020.

    Penerbangan pertama mendarat di Lapangan Terbang Sydney akan tiba dari Los Angeles pada jam 6 pagi (1600 GMT) disusuli dengan ketibaan dari Tokyo, Vancouver dan Singapura.

    Hanya 56 penerbangan antarabangsa dijangka mendarat di Australia dalam tempoh 24 jam selepas pembukaan semula sempadannya – lebih banyak daripada semasa peringkat pra-pandemik – namun Perdana Menteri Australia, Scott Morrison berkata beliau ‘tidak meragui’ jumlah itu akan bertambah lama-kelamaan.

    “Penantian sudah berakhir,” katanya semasa sidang media hari ini menjelang pembukaan sempadan.

    “Persiapkan beg anda,” ujarnya kepada bakal pelancong, sambil menambah, “Jangan lupa bawa wang awda, kerana awda akan menemukan banyak tempat untuk membelanjakannya.”

    Sebelum pandemik melanda, sektor pelancongan dengan 650,000 pekerja telah menyumbang kira-kira A$60 bilion Australia (AS$43 bilion) setahun kepada ekonomi negara.

    Industri itu terjejas teruk akibat wabak, dan jumlah pengunjung antarabangsa menurun sebanyak 99 peratus.

    Pelancong antarabangsa perlu membuktikan mereka telah lengkap vaksinasi COVID-19 atau mempunyai pengecualian perubatan yang sah.

    Perdana Menteri Scott Morrison pada Ahad berkata jumlah ketibaan akan meningkat hasil daripada kempen pengiklanan Pelancongan Australia berjumlah A$40 juta AUD (AS$28.7 juta). – Bernama/AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...