Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Kes kematian COVID menurun 90 peratus sejak Februari

    MOSCOW, 10 NOV – Kadar kematian akibat COVID-19 di peringkat global menurun hampir 90 peratus sejak Februari meskipun kadar ujian dan vaksinasi kekal rendah, kata Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus.

    “Hanya lebih 9,400 kematian CO-VID-19 dilaporkan kepada WHO pada minggu lalu.

    “Angka itu 90 peratus kurang berbanding Februari tahun ini, dengan kadar kematian mingguan melebihi 75,000,” kata Tedros pada taklimat media, kelmarin.

    Beliau berkata bahawa masyarakat antarabangsa telah mencapai beberapa kejayaan dalam memerangi pandemik COVID-19 tetapi masih terdapat ruang untuk penambahbaikan, dan kerajaan serta rakyat harus terus berwaspada.

    “Kadar ujian dan penjujukan kekal rendah di peringkat global, jurang vaksinasi kekal luas, dan kewujudan varian baharu secara berterusan kekal membimbangkan.

    “WHO terus menggesa orang ramai untuk berhati-hati, dan meminta orang ramai melengkapkan suntikan vaksin mereka,” kata ketua WHO itu.

    Sehingga 9 November, sejumlah 630 juta kes COVID-19 direkodkan di seluruh dunia, termasuk 6.5 juta kematian, menurut WHO. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...