Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Kes rayuan Rosmah pada 19 Disember

    PUTRAJAYA, 14 NOV – Tarikh akhir pengurusan kes rayuan Datin Seri Rosmah Mansor terhadap sabitan dan hukuman penjara 10 tahun serta denda RM970 juta bagi kesalahan rasuah membabitkan projek solar hibrid bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak ditetapkan pada 19 Disember ini.

    Timbalan Pendakwa Raya Poh Yih Tinn memberitahu pemberita, tarikh itu ditetapkan oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Norkamilah Aziz ketika pengurusan kes, hari ini.

    Menurut Poh, pihak pendakwaan akan memohon supaya rayuan Rosmah terhadap keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mohamed Zaini Mazlan yang menolak permohonannya supaya hakim itu menarik diri daripada mendengar perbicaraan kes dan membuat keputusan mengenai kes solar tersebut didengar bersama dengan rayuan untuk mengetepikan sabitan dan hukuman yang dijatuhkan oleh hakim berkenaan.

    Prosiding yang berlangsung secara dalam talian itu turut disertai peguam Datuk Jagjit Singh dan Datuk Akberdin Abdul Kader, mewakili Rosmah.

    Rosmah, 70, yang memfailkan petisyen rayuan pada 13 Oktober lepas, telah mengemukakan 127 alasan, antaranya mendakwa keseluruhan keputusan Hakim Mohamed Zaini yang menjatuhkan hukuman terhadapnya adalah berat sebelah dan tidak berlandaskan pertimbangan yang betul.

    Pada 1 September lepas, Hakim Mohamed Zaini mendapati Rosmah bersalah atas tiga pertuduhan rasuah berkaitan projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion untuk 369 sekolah luar bandar di Sarawak dan menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun serta denda RM970 juta.

    Mahkamah juga memerintahkan isteri bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu dipenjara 30 tahun jika gagal membayar denda itu. – Bernama

    Isteri bekas Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor (kiri) hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini bagi mengikuti prosiding sambung bicara berhubung kes 1Malaysia Development Berhad (1MBD). – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...