Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Kesedaran HIV, AIDS lebih baik

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 JAN – Kesedaran mengenai HIV dan AIDS pada tahun lalu adalah lebih baik dan meningkat dengan adanya program seperti Program Kesedaran HIV bagi Rakan Sebaya dan Belia (HAPPY) bagi remaja berusia 15 tahun ke atas.

    Program mendidik penuntut dan belia itu juga telah meraih Anugerah Projek Belia pada 2021 sempena Sambutan Hari Belia Kebangsaan.

    Selain itu, daripada segi pembangunan belia, pencapaian peribadi beberapa orang sukarelawan sama ada masih bersama Majlis AIDS atau dalam pergerakan lain yang meraih anugerah-anugerah tersendiri, amat dibanggakan.

    Perkara itu antara yang ditekankan oleh pengerusi juga selaku Yang Di-Pertua Majlis AIDS Brunei, Awang Iswandy bin Ahmad semasa berucap pada Mesyuarat Agung Tahunan ke-10 yang berlangsung di Pusat Promosi Kesihatan hari ini.

    Menurutnya, sepanjang sesi 2020 sehingga 2022, majlis itu menyaksikan cabaran kerja-kerja kesedaran, ujian HIV dan pendidikan HIV serta AIDS dalam tempoh pandemik COVID membelenggu negara.

    Namun, kita masih mampu mengadakan Hari AIDS Sedunia setiap tahun, ujian HIV di klinik-klinik swasta dan pusat kesihatan dan pada 2021 mengadakan Anugerah Riben Merah secara maya manakala pada 2022 menyaksikan Pusat Operasi Majlis AIDS di Pusat Promosi Kesihatan dilancarkan, jelas Awang Iswandy.

    Mesyuarat juga membincangkan pengesahan laporan mesyuarat tahunan kali ke-9, laporan pentadbiran, kewangan, acara dan aktiviti, serta pembubaran ahli jawatankuasa eksekutif sesi 2020-2022. Ia juga melantik jawatankuasa eksekutif sesi 2023-2025.

    Awang Iswandy semasa menyampaikan ucapannya pada mesyuarat agung Majlis AIDS.
    Awang Iswandy bergambar ramai bersama ahli-ahli jawatankuasa eksekutif semasa mesyuarat tersebut.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...