Saturday, April 27, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    BCL kenal erti hidup selepas ketiadaan suami

    Penyanyi popular Indonesia, Bunga Citra Lestari menjejakkan kaki ke Malaysia adalah satu kebahagiaan buatnya.

    Ini kerana, katanya, dia bersyukur apabila dapat kembali ke bumi kelahiran arwah suami, Allahyarham Ashraf Sinclair yang menghembuskan nafas terakhir pada 18 Februari 2020 akibat serangan jantung.

    Malah, Bunga atau lebih mesra disapa BCL menyifatkan Malaysia adalah rumah keduanya, lebih lagi apabila ibu kota negara ini menjadi saksi kepada permulaan kisah cintanya bersama arwah Ashraf.

    “Senang sekali apabila dapat kembali ke rumah kedua saya. Banyak pengalaman indah saya rasakan di sini. Lebih lagi, apabila dapat bertemu ramai kawan, keluarga dan peminat di sini.

    “Tidak dapat digambarkan bagaimana perasaan gembira saya ketika berada di Kuala Lumpur,” katanya ketika menjayakan Konsert BCL Blossom Intimate Concert yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), di sini, baru-baru ini.

    Bagaimanapun, BCL berkata, untuk kembali ke Malaysia tidaklah mudah kerana risau perasaan rindu terhadap arwah suami akan kembali menyelubungi dirinya.

    “Sejujurnya, untuk kembali ke Malaysia dan menganjurkan konsert tidak mudah bagi saya. Jika ke sini, saya pasti terkenangkan arwah Ashraf.

    “Lebih lagi, saya merasakan itu adalah titik terendah dalam hidup saat pemergian arwah.

    “Tetapi, saya percaya apa yang sudah ditetapkan ini adalah jalan untuk saya belajar erti kehidupan dan menjadi lebih kuat,” katanya.

    Pada konsert berkenaan, BCL berkongsi fasa perjalanan kehidupan sebelum dan selepas pemergian arwah suami tercinta kepada lebih 2,500 penonton menerusi untaian lagu yang begitu menyentuh jiwa. – Agensi

    BCL tidak mudah kembali ke Malaysia kerana risau perasaan rindu terhadap awrah suami akan kembali menyelubungi diri. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Coca-Cola penyumbang terbesar pencemaran plastik dunia

    CANBERRA, 26 APRIL - Lebih separuh daripada pencemaran plastik berjenama yang ditemui dalam alam sekitar di seluruh dunia datang daripada 56 syarikat, menurut dapatan...