Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    KHEU iktiraf sumbangan BIBD

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 OGOS – Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD) telah mendapat pengiktirafan daripada Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) atas sumbangannya dalam membangunkan dan memperkasakan masyarakat kurang bernasib baik melalui inisiatif tanggungjawab sosial korporatnya.

    Semasa Majlis Ilal Hijrah yang diadakan di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, hari ini, BIBD menerima anugerah atas inisiatif cemerlang dalam program Pemerkasaan dan Pembangunan Keusahawanan Khas BIBD (BIBD SEED) dan BIBD Advocating Life-Long Learning for a Aspiring Future (ALAF).

    Hadir bagi menerima anugerah tersebut daripada Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman ialah Timbalan Pengarah Urusan BIBD, Hajah Noraini binti Haji Sulaiman.

    Hajah Noraini berkata, golongan yang kurang bernasib baik berhak mendapat peluang yang sama dan akses kepada kualiti hidup dan pendidikan yang lebih baik oleh itu mereka merasakan bahawa menjadi tanggungjawab mereka sebagai warga korporat yang bertanggungjawab untuk membantu usaha golongan berkenaan dan mengembangkan mereka menjadi bakat berkemahiran tinggi yang akan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Brunei.

    Dilancarkan pada Ogos 2020, BIBD SEED adalah program memenangi anugerah yang dihasratkan untuk meningkatkan taraf hidup ibu atau wanita yang kurang bernasib baik di negara ini dengan memperkasa dan memudahkan pembangunan mereka sebagai usahawan berdaya saing, berdaya tahan dan berjaya dalam landskap tempatan dan mampu menembusi pasaran antarabangsa.

    Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama menyampaikan pengiktirafan untuk BIBD kepada Hajah Noraini. – Gambar serahan BIBD

    Ia dilaksanakan dengan kerjasama KHEU, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, dan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS), pelbagai syarikat berkaitan kerajaan (GLC) lain seperti DARe dan Royal Brunei Culinary.

    Program berkenaan juga bertujuan untuk mewujudkan lebih banyak peluang di negara ini, khususnya untuk asnaf yang disasarkan dan menyokong kemajuan mereka ke arah menjadi individu berkemahiran tinggi kerana ia boleh memecahkan kitaran kemiskinan dan berdikari dalam usaha perniagaan mereka.

    Sementara itu, BIBD ALAF bertujuan untuk memberikan sokongan yang diperlukan ba-gi merealisasikan Wawasan Brunei 2035 untuk menjadikan Brunei sebagai sebuah negara yang diiktiraf secara meluas bagi kualiti hidup dan pencapaian rakyatnya yang berpendidikan tinggi.

    Ia adalah manifestasi kepercayaan BIBD terhadap nilai pembelajaran sepanjang hayat, yang memenuhi objektif Wawasan Brunei 2035 untuk membangunkan sebuah negara yang diiktiraf secara meluas bagi pencapaian rakyatnya yang berpendidikan dan berkemahiran tinggi.

    Kedua-dua inisiatif tersebut telah dipamerkan oleh BIBD pada Majlis Ilal Hijrah anjuran KHEU berkenaan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...