Monday, May 6, 2024
30.5 C
Brunei

    -

    Kiub rubik boleh diselesaikan dalam masa 3.47 saat?

    HUNGARY – Jika awda pernah menghadapi masalah menyelesaikan rubik kiub, nasihat yang baik ialah untuk memecahkannya mengikut beberapa langkah. Ia berbaloi untuk dicuba, nasihat itu disampaikan oleh pencipta rubik kiub itu sendiri.

    “Penyelesaian masalah merupakan aktiviti asas minda manusia dan jika masalah itu kompleks, awda perlu membahagikan masalah itu kepada elemen yang lebih kecil,” kata Erno Rubik, yang mencipta rubik kiub itu pada tahun 1974.

    Rubik telah melihat teka-teki warna yang diciptanya itu berubah daripada alat pengajaran di bilik darjah di Hungary zaman Perang Dingin kepada fenomena dunia dengan lebih daripada 450 juta rubik kiub dijual dan mini-empayar mainan berkaitan.

    “Bagi saya, rubik kiub ini mewakili apa maksud kebebasan. Kebebasan tidak pernah berkesudahan,” katanya semasa lawatannya ke New York baru-baru ini.

    “Ia membolehkan awda melakukan apa yang diperlukan untuk mencapai matlamat awda.

    Rubik telah melihat teka-teki padanan warnanya berubah daripada alat pengajaran bilik darjah di Hungary era Perang Dingin kepada fenomena di seluruh dunia dengan lebih 450 juta kiub dijual dan empayar mini mainan berkaitan. – AP
    Pada tahun 2010, sekumpulan ahli matematik dan pemprogram komputer membuktikan bahawa mana-mana Kiub Rubik boleh diselesaikan dalam 20 langkah. – AP

    Rubik kiub asal 3×3 mempunyai lebih daripada 43 quintillion iaitu lebih daripada 43,000,000,000,000,000,000 kemungkinan konfigurasi, tetapi prinsip-prinsip di sebalik rubik kiub telah diubahsuai untuk rubik kiub 2×2, 4×4 dan 5×5, permainan papan yang dipanggil Rubik’s Race, piramid, menara dan pokok Krismas.

    Ia bahkan melakukan transisi ke media elektronik dengan Rubik’s Revolution dan Rubik’s Touch. Spin Master memperoleh jenama itu pada tahun 2021. Teka-teki minda terbaharu mereka dipanggil Phantom, yang mengambil rubik kiub asal 3×3 dan menambah ujian ingatan: Dengan menggunakan teknologi termokromik, tile berwarna pelbagai akan kembali ke hitam melainkan haba tangan pengguna yang mengekalkan mereka terlihat.

    “Prinsip rubik kiub ini tidak terhad,” kata Rubik. “Kompleksiti tugas ini adalah untuk merangsang minda kita dan ia membuatnya menjadi aktiviti yang lebih menyeronokkan.”

    Matlamat semua teka-teki Rubik adalah untuk memulakan dengan konfigurasi yang kacau dan disusun secara rawak dan, dengan memutar muka atau bahagian, menukarkan setiap muka ke dalam warna tunggal atau corak warna.

    Penyelesaian rubik kiub secara profesional boleh diselesaikan dalam masa beberapa saat, dengan pemegang rekod dunia saat ini menyelesaikan rubik kiub dalam masa 3.47 saat.

    Terdapat juga rekod di Persatuan Rubik Kiub Dunia untuk penyelesaian terpantas dengan memakai kain penutup mata atau menggunakan hanya satu tangan.

    Ia mengambil 36 tahun selepas penciptaan mainan itu untuk sesiapa pun mencari jawapan untuk bilangan minimum langkah untuk menyelesaikannya. Pada tahun 2010, sekumpulan ahli matematik dan pemprogram komputer membuktikan bahawa mana-mana rubik kiub boleh diselesaikan dalam 20 langkah.

    Rubik asalnya merupakan seorang seniman yang berharap untuk menjadi seorang pengukir arca atau pelukis sebelum beliau belajar seni bina, menjadi argumennya adalah seni dengan fungsi: “Seni bina mengubah persekitaran mengikut keperluan kita.”

    Beliau mendapat ijazah dalam seni bina di Universiti Teknologi Budapest dan menjadi guru di jabatan reka bentuk dalaman di Akademi Seni dan Budaya Terapan di Budapest. Rubik secara kerap menggunakan model dan bahan fizikal untuk mengajar konsep dalam pembinaan dan reka bentuk.

    “Seperti badan kita memerlukan jenis latihan, minda juga memerlukan jenis latihan,” katanya. Maka lahirlah alat pengajaran yang elegan yang beliau namakan Rubik kiub Ajaib’.

    Saya cuba membuatnya semudah mungkin kerana saya fikir tugas itu sendiri sudah cukup kompleks,” katanya. “Awda tidak perlu membuatnya lebih kompleks lagi.”

    Teka-teki itu yang menggunakan elemen bulat untuk inti pusat mudah digunakan, tetapi juga cukup sukar untuk diselesaikan sehingga lebih daripada satu pemain rubik kiub telah melemparkannya di ruangan bilik dengan penuh kekecewaan. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pemberontak Kashmir disyaki bunuh koperal tentera udara India

    SRINAGAR, 5 MEI - Seorang anggota tentera udara India terbunuh dan empat lagi cedera apabila pemberontak disyaki menyerang hendap konvoi tentera di Kashmir yang...