Saturday, April 27, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Klopp risau permulaan hambar The Reds

    MANCHESTER, 23 OGOS – Tiga bulan lalu Liverpool diambang memenangi empat trofi, namun tiga perlawanan pada musim baharu ini mereka gagal mencatatkan kemenangan.

    Kekalahan 2-1 di Old Trafford awal pagi tadi menyaksikan pasukan Manchester United memintas kedudukan Liverpool di Liga Perdana.

    Permulaan terburuk Liverpool dalam tempoh satu dekad menyebabkan The Reds ketinggalan di belakang juara bertahan, Manchester City dengan lima mata dan pendahulu liga ketika ini Arsenal dengan tujuh mata.

    “Ia bukan perkara menyenangkan untuk dilihat, itu yang jelas,” kata Klopp yang pasukannya kini berada di tangga ke-16 selepas tiga perlawanan.

    Dan lebih membimbangkan bagi pengurus kelahiran Jerman itu ialah tiada penyelesaian segera untuk memperbaiki masalah permulaan hambar mereka.

    Krisis kecederaan yang menimpa Liverpool menyaksikan Thiago Alcantara, Naby Keita, Ibrahima Konate, Joel Matip dan Diogo Jota terlepas kunjungan ke Old Trafford.

    Darwin Nunez turut tidak beraksi selepas pembelian baharu Liverpool bernilai 75 juta euro itu digantung tiga perlawanan ekoran dilayangkan kad merah kerana menanduk pemain pertahanan Crystal Palace, Joachim Andersen minggu lalu. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...